Friday, October 17, 2008

PENTING: Info penyelenggaraan keselamatan elektrik di rumah

Assalamualaikum

Atas permintaan ramai izinkan saya memberikan info tentang keselamatan elektrik untuk rumah.

Saya cuba mudahkan pemahaman semua.

Rumah kita menggunakan arus bekalan 240V a.u. Diluar rumah kita ada fius warna hitam yang mana jika cable dari supply sebelah luar masuk ke meter rosak/terbakar maka itu merupakan kerja TNB.

Bahagian dalamnya pula merupakan kerja kontraktor/owner (boleh diusik).

Untuk rumah kita hanya perlu ingat 3 wire penting. Yang pertama wayar life (selalunya berwarna merah). Ianya pembawa arus utama.

Kemudian wire neutral (selalunya berwarna putih). Ianya tiada arus tetapi merupakan litar pelengkap yakni untuk suapbalik dari wire life ke neutral. Umpama life pintu depan rumah manakala neutral itu pintu belakang. Dengan adanya pintu depan dan pintu belakang maka barulah boleh kita keluar.

Ketiga wire bumi/earth, yang mana undang2 iee menyatakan setiap peralatan yang berpengalir (seperti besi, aluminium) wajib di bumikan dengan wayar bumi. Contoh, jika tidak ada wayar bumi maka setiap kali arus bocor ke bumi terjadi (seperti kilat), RCD (Residual Circuit Breaker) akan trip dalam milli second. Namun secara praktikalnya masih ada arus kecil yang terlepas masuk kedalam peralatan dan akan berputar2 di dalam peralatan kita. Dan bila kita menyentuhnya kita akan terasa short kat tangan.



Bagi memudahkan kita untuk memeriksa peralatan rumah diguna tanpa melebihi had, kita perlu lihat fius (mcb) tidak trip. Jika trip bermakna terdapat arus yang berlebihan yang kita gunakan. Adalah dinasihatkan kita tidak memakai peralatan yang berat dalam satu masa. Kita sering lihat ada rumah yang menggunakan satu extension wire yang ada 3 atau 4 socket. Adalah tidak digalakkan jika kita guna mesin basuh, peti ais, Rice cooker, seterika atau alat2 bermotor dalam satu masa dan dari satu punca. kita boleh menggunakan soket yang lain bagi mengelakkan bebanan tenaga yang melampau.


Bagi lampu pula, adalah digalakkan kita menggunakan lampu jimat tenaga yang banyak terdapat di kedai2 elektrik. Kita boleh lihat tertulis power saver pada kotak. Pastikan ianya mempunyai cop SIRIM. Ini bagi memastikan ianya sudah diuji dan dijamin selamat. Kalau terbakar, lampu begini akan terpadam dan kita hanya perlu menukar kepada yang baru. Berbanding lampu yang tidak ada cop SIRIM yang mana jika sampai limit masa life spend nya, ia akan panas dan menyebabkan litar didalam lampu samada di dalam choke atau mana2 bahagian yang memungkin ianya menemukan wire life dan neutral.

Hukum elektrik menerangkan life dan neutral tidak boleh bertemu secara direct yang mana akan menyebabkan berlaku overcurrent dan terjadinya arus lebihan melampau. Bayangkan jika ianya terjadi, arus akan meningkali beratus kali ganda dan menyebabkan wire semakin panas dan akan mengeluarkan spark dan akhirnya menyebabkan kebakaran. Kebakaran akan terjadi begitu pantas jika wire terbakar dan mcb kita tidak berfungsi untuk trip dan akan menyebabkan ianya merebak ke seluruh rumah dalam sekelip mata.

Nasihat saya:

1. Beli peralatan yang ada jaminan SIRIM. Mahal sikit takpe asalkan keselamatan kita terjamin, InsyaAllah.

2. Kalau nak beli TV jangan beli yang murah 'banget'. Selalunya yang murah diimport dari Cina. Negara ini jarang sekali mengeluarkan produk yang ada safety.

3. Pastikan wireman anda melakukan kerja dengan betul dan teliti. Banyak rumah yang saya troubleshoot menggunakan wire yang tak ikut spec. Contoh, wire lampu ianya saiz 1.5mm. Setengah wireman dia menggunakan wire yang diguna pakai untuk khemah canopi. Saiznya memang 1.5mm tetapi penebatnya sangat nipis dan hanya sesuai dipakai untuk penggunaan sementara sahaja dan bukan untuk penggunaan lama. Ianya selalu diguna oleh wireman indonesia yang pasang lampu down light di plaster ceiling.


4. Pastikan wireman anda melakukan penyambungan wire dengan betul. Saya pernah troubleshoot rumah di Balakong yang sering trip. Rumah tu buat tambahan kitchen cabinet. Soketnya selalu trip. Apabila saya buka, rupanya dia hanya membalut sambungan menggunakan masking tape (tape kertas). Dibalutnya life dan neutral sebelah menyebelah. Bila pasang 2 peralatan sekaligus selalunya ianya akan mengakibat medan magnet dan akhirnya mengakibat sedikit spark.

5. Pastikan rumah anda diperiksa setiap 6 bulan oleh pemeriksa bertauliah. Adakalanya kita terlepas pandang mengenai perkara ini.

6. Jangan tinggalkan rumah dengan lampu sentiasa terpasang 24 jam jika kita balik ke kampung. Ianya boleh menyebabkan kabel atau wayar panas. Kegagalan peralatan seperti lampu boleh menyebabkan kebakaran. Anda boleh menggunakan timer bagi mengawal selia penyalaan lampu secara berkala dan sistematik.

7. Jangan biarkan soket atau suis anda basah terkena air kerana ianya bakal menjadi pengalir tidak aktif kepada wire life dan neutral.

8. Jangan pegang tangan yang basah pada suis atau soket. Nanti kena short.

9. Jika mendapati peralatan anda ada arus elektrik (kadang2 sikit2), itu bermakna terdapat arus bocor. Mungkin juga earthing anda tidak disambung.

10. Ketatkan semua skru pada wire samada di lampu, atau di DB (distribution box) agar tiada masalah timbul. Apabila skru tidak diketatkan dengan sempurna ianya boleh menyebabkan spark (percikan api kecil) dan menyebabkan trip.

11. Pastikan jika berlaku trip (Satu Rumah) anda menurunkan semua mcb. Kemudian naikkan satu persatu mengikut turutan. Jika didapati salah satu MCB bila dinaikkan ianya turun kembali maka panggil wireman untuk troubleshoot. Jangan berani2 menyentuhnya kerana orang elektrik pun ada yang kena short dan mati!!

12. Begitu juga water heater yang dipasang adakala bila pasang lama MCB akan trip. Selalunya water heater tersebut dah rosak. Kena tukar yang baru.

13. Bagi MCB atau RCD yang trip selalu tak mengira hujan atau tidak, tetapi trip sehingga berkali2 dalam sehari maka tukarkan kepada yang baru. Kadang2 walaupun MCB atau RCD kita masih baru dari developer tetapi kegagalan alatan elektrik ini sukar dijangka.


Rasanya cukuplah pengajian setakat ini. Jangan lupa short course kami pada 3 & 4 haribulan di UKM.

Layari http://mectenmedia.blogspot.com/ atau http://mecten.blogspot.com/ atau http://ourtraining.blogspot.com/

Terima kasih.

IKLAN:TAWARAN Pemasangan Timer Lampu

IKLAN:TAWARAN Pemasangan Timer Lampu
CONTOH PEMASANGAN

CONTOH PEMASANGAN TIMER

CONTOH PEMASANGAN TIMER
HARGA ASAL RM 350. PROMOSI RM 250. SAH SEHINGGA HARI RAYA. HANYA UNTUK KWSN BANGI, NILAI, PUTRAJAYA DAN YANG BERHAMPIRAN.